Welcome to my blogsite, Feel free to read and comments, If any of you need services like graphic designing PM me on Facebook through the link below or just Whatsapp me on 0178965371, ignore and just PM me on whatsapp if you see my last seen is 2 years ago. Please follow my facebook. Selamat Datang ke Blog saya, Selamat membaca info-info menarik yang terdapat disini, jika sesiapa yang berminat melanggan servis seperti grafik design PM saya di facebook melalui link di bawah atau hantar mesej di Whatsapp saya 0178965371, jika kamu melihat last seen saya di whatsapp 2 tahun yang lalu abaikan sahaja dan PM sebab saya menggunakan MOD whatsap.

Best tak Blog ni ? Subscribe !

so nerdy ! Kambing dua kaki di China




SHANDONG – Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.
Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.
“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.
“Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia. – Agensi


lepas baca korang comment la , kalau tak pun . like atau follow pun jadi laa . thanks for visiting kawan (:

Bual-bual sini.

Help me earn?